Tuesday, December 7, 2010

wahai SAYA bin IBU SAYA

                                     Innalillah hi wa inna ilaihi raji'un..

Seringkali kita dengar kata - kata ini acapkali didengari apabila berlaku kematian mahupun bencana. Terjemahan daripada kata - kata yang sering kita ucap itu membawa maksud, Daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali.

Baru - baru nih aku dikejutkan dengan kematian ayah sahabatku, Nurshazreen Mustapa. Siapa sangka dan tiada siapa yang menyangka bahawa ajal boleh tiba tanpa diketahui, tanpa disedari dan tanpa diberi amaran. Aku diberi tahu tentang kematian ayah Shaz pada ketika aku sedang nyenyak tidur. Sejurus sedar dari tidur, aku gegas ke rumah Shaz. Di sana, Wanee, Zue serta suaminya turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada keluarga arwah. Beberapa minit menuggu, keluarga arwah pulang daripada tanah perkuburan di Presint 20. urusan jenazah segera dilakukan. Tak macam drama yang selalu kita lihat. Jenazah di bawa balik ke rumah, dibaca yasin kemudian baru dikebumikan. Tahniah kepada pihak yang menguruskan jenazah. Sebenarnya urusan jenazah wajar dilakukan dengan segera dan tidak pula dilambat - lambatkan.


Daripada surah Al - Ankabut, 29:57 " Tiap - tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian kepada Kami, kamu dikembalikan". Buat keluarga Shaz, semoga ayahanda kalian sentiasa berada dalam rahmat dan redha ALLAH. Amin..

Di sini, aku sertakan terjemahan bacaan talkin untuk tatapan rohani kita semua. Semoga kita yang masih hidup di bumi ALLAH ini sentiasa mendapat petunjuk daripada ALLAH dan semoga kita mati dalam keadaan betul - betul sebagai orang Islam yang sejati dan bukan hanya Islam pada nama semata - mata. Insya ALLAH.

Bismillah hir rahman nir rahim.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. 

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala. 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. 

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. 


Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah  berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. 

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu? 

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah". 

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar. 

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. 

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. 

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. 

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. 

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" 

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. 

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."
Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. 

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya: 

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang Azan 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. 

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. 

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. 

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Sunday, December 5, 2010

WALIMATUL URUS..

Hari ni selesai kenduri sahabat karibku, Nur Zufariza bt Mohd Zulkipli. First wedding among my schoolmate. Start daripada dia bertunang sampailah kenduri dia memang kami sangat teruja. Tanpa segan silu aku men'volunteer'kan diri nak jadi pengapit Zue. Hari yang ditunggu dah tiba, ikot plan geng kami, kami akan berkampung di rumah zue start daripada malam sebelum akad nkah. Tapi masing - masing dengan hal peribadi so tak dapat nak join together. Adeh..rosak program. Nak tak nak aku kena gak shoot dari Putra ke Pandan Indah sorang - sorang waktu malam. Sebenarnya jarang aku nak keluar malam sorang - sorang. Drive plak tuh. Tapi memikirkan commitment aku sebagai pengapit, Redah Kasi Pecah je r. Alhamdulillah, sampai rumah Zue tanpa sesat di malam hari. Bangga sungguh rasa diri ini. Muahaha..

Terus ke majlis akad nikah pagi esoknya 4 December 2010. Situasi di masjid hijau <- tak tau nama masjid tuh tapi yang penting dia colour hijau: maka tok imam merangkap tok kadi pon datanglah bagi menyempurnakan majlis. Mula - mula dia bagi ceramah dulu. Sorry to say, agak boring ceramah dia. Bukan apa gaya penyampaian dia macam ikot skrip (bagi aku lah). Tak payah peduli pasai penyampaian dia yang penting apa yang disampaikan tersemet di sanubari setiap saksi yang datang. Tok kadi ni pun tak tanya Nuar (suami Zue) bab - bab agama. Setengah tok kadi sangat particular, tanya Doa Qunut r, Rukun Iman, Rukun Islam dsb. Dengan sekali lafaz dan sekali nafas maka selesai upacara akad nikah. 

Nak cerita panjang - panjang pasai kemeriahan kenduri Zue memang tak kan habis. Mungkin dia sendiri akan update mengenai hari bahagia nya nanti. Dalam pada waktu - waktu senggang Zue, sempat aku dan kawan - kawan ku yang laen; Wanee, Zila & Syiera bertanya mengenai budget yang di gunakan untuk menyempurnakan majlisnya. Pergh..tak ingat. Terkejut bila dengar angka ribu - ribu ni. Majlis Zue kira dikategorikan sebagai sederhana dan taklah mewah. Tapi bila memikirkan wang yang keluar tak masuk - masuk nak telan air liur pun tak mampu. tambah plak bila Wanee cerita pasai kenduri sepupu sepapatnya. Fuhh!! Lap peluh. rasa macam nak jolok jari kt dalam mulut pastuh muntah.Tak sanggup nak dengar.

Runsing...Pening kepala..Serba salah..Kita nak buat benda baik tapi tak kan sampai kena keluar banyak duit? Yang tak da duit??Confirm berhutang punya. Tapi bagi sesetengah orang, tak salah untuk melabur, sekali dalam seumur hidup. Pendapat yang lain pula berkata, "Kau sanggup ke nak tanggung hutang? Silap - silap anak dah besar pun hutang tak habis bayar lagi".

Sebenarnya terpulang pada hak dan pilihan masing - masing. Memang Islam menuntut umatnya dalam kesederhanaan. Lagi - lagi dalam melakukan kebaikan. Tapi bayangkanlah, catering sekarang pun mahal. Satu kepala melebihi RM10. Ingat lagi kisah pada zaman Rasulullah s.a.w, baginda menyuruh seorang lelaki yang baru bernikah untuk menyembelihkan sekurang - kurangnya seekor kambing untuk walimatul urus sedangkan lelaki itu tidak mempunyai harta. tapi zaman sekarang, kalau kita buat kenduri dengan mihun goreng berlaukkan daging kambing.. Mau orang mengata kan??Haha..Mulut orang tak kan henti daripada berkata - kata.


So sekarang ni, untuk tidak memeningkan kepala mana - mana individu termasuk aku, perkahwinan nih satu pelaburan gak. Bagi sesiapa yang nak berhutang, buat je lah. Tapi kena ukur baju di badan sendiri lah. Jangan kau kerja tukang sapu sampah tapi nak buat majlis mega samapi kt PICC. Berangan namanya tuh!


Insya ALLAH, kalau kita buat benda baik ni ALLAH akan mudahkan rezeki kita. Banyak dalil dalam Al Quran ada disebutnya. Contoh terdekat ayat 1000 dinar. Antara maksud ayat tersebut; dan sesiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya. Moga - moga kebaikan yang kita buat akan diterima ALLAH dan akan dibalasoleh NYA tanpa kita duga. Amin ya rabbal alamin..