Wednesday, January 5, 2011

ANE, ROTI CANAI SATU!!!

Lama tak update blog kan?? Bukan apa, jari jemari tak nak menari nari kt keyboard ni. Padahal rajin gak buka PC. Rasanya tak terlewat pun nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2011. Semoga apa yang dicitakan pada tahun ini dapat direalisasikan. Amin..

Berbalik pada tajuk di atas, sejak lepak - lepak kat rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti di luar lama betul tak makan roti canai. Teringin nak makan dan nak cari roti canai kat Putrajaya ni bukannya susah, kedai mamak bersepah sepah. kat setiap presint ada je kedai mamak. Tapi tu lah, nak cari roti canai yang betul - betul sedap memang susah.



Maka, teringat lah aku pada keenakan roti canai melayu. Susah nak cari roti canai yang ditebar bangsa kita ni. Lagi lagi kat Putrajaya.  Dalam banyak banyak penebar mamak kat sini, adalah seorang bangsa Melayu yang buka kedai roti canai kecil - kecilan kat Medan Selera Presint 9. Sepanjang dia buka kat situ tak pernah la plak aku nk merasa. Tapi adik - adik aku cakap sedap roti dia. Nak buat macam mana, asal aku nak order je dah habis. Asal aku nak order jer kedai tutup.

Hati memberontak. Mana nak cari roti canai buatan melayu nih?? Kalau dok kat Melaka time study dulu seronok r. Agak - agak nak makan roti cnai, pagi - pagi keluar p warung kt Sg. Petai. Nama warung tuh Warung Nek Munah tak silap aku. Nama macam seram je bila fikir balik.

Ada lagi satu roti canai hasil air peluh bangsa kita. Kat dining kolej aku. Nama mamat yang buat roti ni Abg Zam. Pergh!! Sedap tak tahan wa cakap. Sambal ikan bilis dia, tak boleh lupa seh. Tapi sayang, belum sempat aku menimati roti canai dia, dia da bungkus da. Aku rasa tak sampai 5 keping aku makan roti tu dan berkira - kira nak tapau balik rumah. Sama - sama merasai keenakan roti canai dengan family aku.

Aku rasa macam nak hentak - hentak kaki memberontak je bila tak dapat apa yang aku nak. Nasib baik aku boleh fikir yang aku ni dah tua bangka, so aku memberontak dalam diam je. Uwaa...Mana nak cari roti canai yang sedap???